
Terma dan Syarat Penyertaan Keedspreneur Bersama Keedsflix HQ di ECEE Persada, Johor Bahru
1. Tarikh, Lokasi dan Waktu
- Penyertaan berlangsung pada 9-10 November 2024 di ECEE Persada, Johor Bahru dari 10 pagi hingga 6 petang.
2. Waktu Bertugas
- Keedspreneur mestilah mematuhi waktu bertugas, dan jadual bertugas akan diberikan 2 minggu sebelum acara.
- Sebarang perubahan waktu bertugas mestilah mendapat persetujuan dari pihak HQ.
3. Tanggungjawab Petugas Keedspreneur
- Setiap Keedspreneur hanya boleh menghantar dua wakil untuk bertugas di booth.
- Keedspreneur bertanggungjawab menjaga booth sepanjang waktu bertugas, termasuk menyediakan bahan promosi untuk menarik pengunjung.
- Booth mesti sentiasa dalam keadaan kemas, dan petugas perlu bersikap profesional.
- Semua petugas mestilah bekerjasama dalam melaksanakan tugas, walaupun pendaftaran pelajar baharu tidak dilakukan di centre mereka.
4. Kebersihan dan Keselamatan
- Semua petugas bertanggungjawab menjaga kebersihan booth sepanjang waktu bertugas.
- Pihak Keedsflix HQ tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi.
5. Kos
- Harga satu penyertaan Keedspreneur ialah RM200 sahaja.
- Makan dan minum tidak disediakan oleh pihak HQ.
Dengan menyertai, pengusaha bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat serta jadual yang ditetapkan oleh Keedsflix HQ. Pihak Keedsflix HQ berhak mengubah terma dan syarat ini pada masa hadapan.
Nota: Mohon buat pembayaran sebelum 24 October 2024.
SEBARANG PERTANYAAN LANJUT DAN PERMASALAHAN MENGISI BORANG
BOLEH TERUS HUBUNGI TALIAN HOTLINE KAMI
0165759493